tatacara permohonan pertukaran institusi pengajian TINGGI AWAM (IPTA)
- Borang ini diisi oleh calon yang ingin memohon pertukaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Calon perlu mengisi permohonan secara atas talian dengan lengkap serta memuat naik dokumen yang berkaitan di sistem ini
- Permohonan hendaklah dibuat selepas calon mengikuti pengajian di Universiti Asal sekurang-kurangnya selama SATU (1) semester pengajian
- Calon mestilah berstatus Aktif di Universiti Asal semasa membuat permohonan pertukaran IPTA
- Pencapaian akademik calon tidak berada dalam Kedudukan Gagal (KG)
- Calon mestilah mendapatkan perakuan sokongan daripada Universiti Asal dengan mengisi Borang SRAD UG (03) – Borang Perakuan Universiti Asal. Borang ini hendaklah dimuat naik pada Bahagian E: Muat Naik Dokumen
- Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Fakulti dan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Pemakluman keputusan permohonan akan diumumkan oleh Seksyen Rekrutmen dan Kemasukan Pelajar (SRAdS), Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar
- Pertukaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang pengajian
- Calon adalah bertanggungjawab memaklumkan keputusan pertukaran program pengajian dan IPTA ini kepada pihak penaja biasiswa atau pinjaman masing-masing