JMU ZON SELATAN 2026 #JMUZS2026
DreamX: Inspiring Your Next Step
Tagline JMU Zon Selatan 2026 ini dipilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberi inspirasi kepada pelajar dalam merancang langkah seterusnya ke menara gading
Dream (Impian)
Merujuk kepada cita-cita setiap pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Karnival ini menjadi tempat untuk mereka memulakan langkah pertama dalam merealisasikan impian tersebut.
X (Eksplorasi/Ekstra)
Melambangkan elemen luar biasa, pelbagai pilihan (X-factor), dan eksplorasi peluang pendidikan yang meluas melampaui bidang akademik tradisional, termasuk TVET dan kemahiran digital.
Inspiring Your Next Step (Menginspirasikan Langkah Seterusnya)
Bermaksud KPT ingin menjadi pemudah cara yang memberi inspirasi dan panduan tepat agar pelajar tidak tersalah pilih haluan selepas tamat sekolah (SPM/STPM/Diploma).
Event Highlights #JMUZS2026
Pameran Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
Himpunan reruai (booth) daripada IPTA, IPTS, Politeknik, dan Kolej Komuniti yang menawarkan konsultasi program pengajian secara bersemuka.
Pameran Teknologi & Inovasi
Ruang pameran hasil penyelidikan, product showcase, dan aplikasi teknologi terkini daripada universiti-universiti zon selatan.
Pameran Produk & Keusahawanan
Galeri jualan dan pameran produk kreatif Geotourism Johor mempromosikan budaya dan tourism johor dan juga pameran produk kecantikan dan kesihatan dari Institute of Bioproduct Development (IBD), Universiti Teknologi Malaysia.
Kaunter Khidmat Nasihat Pembiayaan
Kaunter bersepadu yang menempatkan agensi penaja seperti PTPTN, JPA, dan yayasan negeri untuk bantuan kewangan pendidikan.
Demonstrasi Kemahiran Interaktif
Aktiviti “hands-on” atau pertunjukan kemahiran teknikal secara langsung (live demo) untuk menarik minat pelajar dalam bidang TVET.
AKTIVITI MENARIK #JMUZS2026
Cabutan Bertuah
Cabutan bertuah menanti buat para pengunjung JMU Zon Selatan. Pelbagai hadiah menarik sedia untuk dimenangi bagi menghargai kehadiran dan interaksi aktif anda di setiap reruai universiti!
Star Booth Awards
Booth Spotlight Tour
Pengunjung dapat meneroka pelbagai bidang pengajian di setiap reruai (booth), dan berinteraksi langsung bersama pempamer dan melihat kreativiti setiap ruang pameran.
Inspire Talk
Sesi perkongsian bersama UTM Alumni bagi menyemai aspirasi serta growth mindset buat para pengunjung yang terdiri dari kalangan pelajar bersedia melangkah dengan yakin ke menara gading.
Students Talk Show
Pengunjung akan mendapat pendedahan realistik tentang kehidupan universiti serta perkongsian inspirasi rakan sebaya bagi membina keyakinan diri sebelum melangkah ke universiti.
ATURCARA PERASMIAN
ATURCARA #JMUZS2026
LOKASI #JMUZS2026
Persada Johor International Convention Centre (PJICC)
Sambutan #JMUZS2026 kali ini bakal berlangsung pada 18 & 19 April 2026 di Persada Johor international Convention Centre, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan nilai tambah di samping lokasinya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru.
RUANG PARKIR #JMUZS2026
Lokasi Ruang Parkir 1 : Carpark PERSADA
Carpark PERSADA merupakan tempat letak kereta bertingkat yang terletak bersebelahan PJICC bagi memudahkan akses ke kawasan sekitar Persada Johor International Convention Centre. Kompleks bertingkat ini menyediakan sekitar 1,600 petak parkir kereta dan 80 petak bas. Kemudahan ini mempunyai akses terus ke dewan konvensyen.
Maklumat Tiket & Validasi Parkir
Pengunjung yang meletakkan kenderaan di Carpark PERSADA boleh mendapatkan kadar parkir rata RM7 dengan membuat validasi parkir di kaunter tiket yang disediakan.
Kaunter tiket untuk validasi parkir ini terletak di hadapan pintu masuk utama, Aras 3 PJICC.
Pengunjung disarankan untuk membuat validasi tiket parkir sebelum meninggalkan lokasi bagi menikmati kadar rata yang ditetapkan.
Lokasi Ruang Parkir 2 : ZON A Parking, Kota Jail
Pengunjung juga boleh meletakkan kenderaan di Kota Jail (Penjara Ayer Molek) sebagai lokasi parkir alternatif.
Perkhidmatan Bas Percuma Tourist Shuttle (BMT) disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari Kota Jail ke kawasan Persada Johor. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).
Pengunjung digalakkan menggunakan perkhidmatan shuttle ini untuk perjalanan yang lebih mudah dan lancar ke lokasi acara.
PENDAFTARAN #JMUZS2026 - Aras 3 PJICC
Kaunter Pendaftaran
Semua pengunjung dan pempamer diminta untuk hadir ke Kaunter Pendaftaran semasa ketibaan di acara.
Kaunter Pendaftaran berada di Aras 3 dan disebelah kiri bahagian hadapan Pintu Masuk Utama Dewan Tanjung Puteri, PJICC
Makluman untuk Pempamer
Pempamer perlu mendaftar dan mengambil kupon makan di Kaunter Pendaftaran sebelum memulakan penyertaan di tapak acara.
Makluman untuk Pengunjung dan Pempamer
Pengunjung dan pempamer perlu mengimbas kod QR di Kaunter Pendaftaran untuk menyertai cabutan bertuah.
Pelbagai hadiah menarik menanti untuk para pengunjung dan pempamer #JMUZS2026
Kaunter Pertanyaan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan acara, pengunjung dan pempamer boleh mendapatkan bantuan di Kaunter Pertanyaan.
Jika tidak pasti lokasi kaunter yang berkaitan, sila rujuk terlebih dahulu di Kaunter Pendaftaran untuk bantuan lanjut.
PANDUAN DAN KIT PEMPAMER #JMUZS2026
PELAN LANTAI #JMUZS2026
PELAN KEDUDUKAN RERUAI PEMPAMER #JMUZS2026
RAKAN VENDOR #JMUZS2026
EMERGENCY & SICK BAY INFORMATION #JMUZS2026
Maklumat Kecemasan & Sick Bay
Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengunjung, pempamer serta petugas sepanjang program berlangsung, kemudahan Sick Bay dan bantuan kecemasan disediakan di Putrajaya International Convention Centre(PJICC).
Lokasi Sick Bay
Sick Bay terletak di Aras 3 PJICC dan disediakan untuk pengunjung, pempamer atau petugas yang memerlukan rawatan asas atau mengalami masalah kesihatan ringan sepanjang berada di lokasi acara.
Perkhidmatan yang Disediakan
-
Bantuan kecemasan asas (First Aid)
-
Pemeriksaan kesihatan ringan
-
Tempat rehat sementara bagi individu yang kurang sihat
-
Bantuan awal sebelum tindakan lanjut sekiranya diperlukan
Sekiranya Berlaku Kecemasan
Pengunjung yang memerlukan bantuan boleh:
-
Menghubungi atau memaklumkan kepada petugas acara yang berhampiran, atau
-
Terus ke Sick Bay di Aras 3 PJICC untuk mendapatkan bantuan dengan segera.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan kelancaran program sepanjang acara berlangsung.
PERKHIDMATAN INTERNET #JMUZS2026
MAKAN & MINUM #JMUZS2026
Maklumat Pengambilan Makanan Pempamer dan Petugas
Tempat pengambilan makanan untuk pempamer dan petugas adalah di Aras 1 di Putrajaya International Convention Centre (PJICC).
Pempamer dan petugas dikehendaki membawa kupon makanan semasa mengambil makanan di lokasi yang ditetapkan.
Setiap reruai pempamer akan diberikan dua (2) kupon makanan bagi setiap hari sepanjang program berlangsung.
WAKTU SOLAT
INFO PIHAK BERKUASA #JMUZS2026
SENARAI HOTEL #JMUZS2026
Your Questions Answered
Find answers to common queries about attending our events and making the most of your visit.
Who should attend the event?
The event is ideal for SPM and STPM graduates, diploma holders, and parents interested in exploring university options.
Is there an entry fee for the event?
No, the event is free for all attendees. We encourage everyone to take advantage of this opportunity.
What programmes will be showcased?
You’ll find a wide range of programmes, including Engineering, Business, Artificial Intelligence, and more.
How can I apply to universities at the event?
University representatives will be available to guide you through the application process and answer any questions.
What should I bring to the event?
Bring your academic transcripts, identification, and a list of questions you have for university representatives.
