JMU ZON SELATAN 2026 #JMUZS2026

Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 bagi Zon Selatan merupakan inisiatif utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bermatlamat untuk menyebarkan maklumat tepat mengenai peluang pengajian tinggi kepada lepasan SPM, STPM, Asasi, Matrikulasi, dan Diploma. Bagi tahun 2026, siri jelajah di zon ini biasanya berpusat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, yang mengumpulkan pelbagai institusi pendidikan termasuk Universiti Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti, serta institusi TVET di bawah satu bumbung. Pengunjung berpeluang mendapatkan khidmat konsultasi terus daripada pegawai UPUOnline untuk memahami proses permohonan dan pemilihan program mengikut merit, selain menyemak syarat kemasukan terkini bagi kursus-kursus kompetitif. Selain itu, karnival ini turut menyediakan platform untuk urusan bantuan kewangan melalui kaunter PTPTN dan penajaan biasiswa, sekali gus membantu pelajar merancang kerjaya masa depan mereka dengan lebih jelas sebelum tarikh tutup permohonan fasa kedua yang kritikal.

TAGLINE #JMUZS2026

DreamX: Inspiring Your Next Step

Tagline JMU Zon Selatan 2026 ini dipilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberi inspirasi kepada pelajar dalam merancang langkah seterusnya ke menara gading

Dream (Impian)

Merujuk kepada cita-cita setiap pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Karnival ini menjadi tempat untuk mereka memulakan langkah pertama dalam merealisasikan impian tersebut.

X (Eksplorasi/Ekstra)

 Melambangkan elemen luar biasa, pelbagai pilihan (X-factor), dan eksplorasi peluang pendidikan yang meluas melampaui bidang akademik tradisional, termasuk TVET dan kemahiran digital.

Inspiring Your Next Step (Menginspirasikan Langkah Seterusnya)

Bermaksud KPT ingin menjadi pemudah cara yang memberi inspirasi dan panduan tepat agar pelajar tidak tersalah pilih haluan selepas tamat sekolah (SPM/STPM/Diploma).

EVENTS #JMUZS2026

Pameran Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

Himpunan reruai (booth) daripada IPTA, IPTS, Politeknik, dan Kolej Komuniti yang menawarkan konsultasi program pengajian secara bersemuka.

Pameran Teknologi & Inovasi

Ruang pameran hasil penyelidikan, product showcase, dan aplikasi teknologi terkini daripada universiti-universiti zon selatan.

Pameran Produk & Keusahawanan

Galeri jualan dan pameran produk kreatif Geotourism Johor mempromosikan budaya dan tourism johor dan juga pameran produk kecantikan dan kesihatan dari Institute of Bioproduct Development (IBD), Universiti Teknologi Malaysia.

Kaunter Khidmat Nasihat Pembiayaan

Kaunter bersepadu yang menempatkan agensi penaja seperti PTPTN dan JPA untuk bantuan kewangan pendidikan.

AKTIVITI MENARIK #JMUZS2026

Cabutan Bertuah

Cabutan bertuah menanti buat para pengunjung JMU Zon Selatan. Pelbagai hadiah menarik sedia untuk dimenangi bagi menghargai kehadiran dan interaksi aktif anda di setiap reruai universiti!

EduInfluencer

Booth Spotlight Tour

Pengunjung dapat meneroka pelbagai bidang pengajian di setiap reruai (booth), dan berinteraksi langsung bersama pempamer dan melihat kreativiti setiap ruang pameran.

Student Voices Live

Pengunjung akan mendapat pendedahan realistik tentang kehidupan universiti serta perkongsian inspirasi rakan sebaya bagi membina keyakinan diri sebelum melangkah ke universiti.

Persembahan

Persembahan Menarik Menanti Anda!
Nikmati busking akustik pelajar selama dua hari, persembahan tarian pelajar yang memukau, serta persembahan khas sempena pembukaan perasmian.

Star Booth Awards

Anugerah bagi mengiktiraf kreativiti dan inovasi pempamer dalam menyediakan ruang interaktif yang unik. Penerima ialah 3 booth terbaik

Pemenang: 

-1st – RM 500  Mock Cheque + Sijil Penghargaan

-2nd – RM 300 Mock Cheque + Sijil Penghargaan

-3rd – RM 200 Mock Cheque + Sijil Penghargaan



Sharing Session : Ready or Not?

Ready or Not? Persediaan Mental, Emosi dan Mindset ke Alam Universiti ialah sesi perkongsian oleh penceramah jemputan untuk menyemai aspirasi dan membentuk growth mindset dalam kalangan pelajar agar lebih bersedia dan yakin melangkah ke menara gading.

Passport JMU

Passport JMU
Sertai aktiviti interaktif selama dua hari (sesi pagi) dengan menyelesaikan misi di 10 check point sekitar majlis, seperti yang dinyatakan dalam passport yang diberikan kepada peserta.

EduInfluencer

AKTIVITI #JMUZS2026

Interactive Games

Permainan Interaktif Menarik!
Nikmati pelbagai permainan interaktif seperti Car Racing Simulator, Catch Stick Game Machine, Whack-a-Mole dan Maze Runner Game

Car Racing Simulator

Catch Stick Machine

Whack-a-Mole Game

Maze Runner Game

ATURCARA PERASMIAN

*Subject to change, the tentative schedule may be revised based on prevailing circumstances.

KOD PAKAIAN MAJLIS PERASMIAN : PAKAIAN KORPORAT INSTITUSI

ATURCARA #JMUZS2026

*Subject to change, the tentative schedule may be revised based on prevailing circumstances.

KOD PAKAIAN PADA 18 APRIL 2026 : PAKAIAN KORPORAT INSTITUSI

KOD PAKAIAN PADA 19 APRIL 2026 : PAKAIAN KASUAL KEMAS

LOKASI #JMUZS2026

Persada Johor International Convention Centre (PJICC)

Sambutan #JMUZS2026 kali ini bakal berlangsung pada 18 & 19 April 2026 di Persada Johor international Convention Centre, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan nilai tambah di samping lokasinya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru.

 

RUANG PARKIR #JMUZS2026

Lokasi Ruang Parkir 1 : Carpark PERSADA

Carpark PERSADA merupakan tempat letak kereta bertingkat yang terletak bersebelahan PJICC bagi memudahkan akses ke kawasan sekitar Persada Johor International Convention Centre. Kompleks bertingkat ini menyediakan sekitar 1,600 petak parkir kereta dan 80 petak bas. Kemudahan ini mempunyai akses terus ke dewan konvensyen.

 

Maklumat Tiket & Validasi Parkir PERSADA
Pengunjung yang meletakkan kenderaan di Carpark PERSADA boleh mendapatkan pengesahan kad debit / kad kredit (TIADA TUNAI / TOUCH ‘N GO) sebelum keluar di kaunter parkir Aras A4, Coronation Parking. Ini bagi mendapatkan kadar rata RM8.70 bagi setiap kemasukan. 

Pengunjung disarankan untuk membuat validasi tiket parkir sebelum meninggalkan lokasi bagi menikmati kadar rata yang ditetapkan.

 

Lokasi Ruang Parkir 2 : Metro Parking

Di hadapan Persada turut disediakan kemudahan Metro Parking bagi memudahkan pengunjung mendapatkan tempat letak kenderaan sepanjang menghadiri program. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan kemudahan ini bagi memastikan kelancaran pergerakan dan mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

 

PENDAFTARAN #JMUZS2026 - Aras 3 PJICC

Kaunter Pendaftaran

Semua pengunjung dan pempamer diminta untuk hadir ke Kaunter Pendaftaran semasa ketibaan di acara.

Kaunter Pendaftaran berada di Aras 3 dan disebelah kiri bahagian hadapan Pintu Masuk Utama Dewan Tanjung Puteri, PJICC

Makluman untuk Pempamer

Pempamer perlu mendaftar dan mengambil kit pempamer (tag dan kupon makan) di Kaunter Pendaftaran sebelum memulakan penyertaan di tapak acara pada hari Sabtu (18 April 2026) bermula jam 8.00 pagi di kaunter pendaftaran urus setia (Pintu Masuk Dewan Tanjung Puteri, PJICC).

Makluman untuk Pengunjung dan Pempamer

Pengunjung dan pempamer perlu mengimbas kod QR di Kaunter Pendaftaran untuk menyertai cabutan bertuah.

Pelbagai hadiah menarik menanti untuk para pengunjung dan pempamer #JMUZS2026

Kaunter Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan acara, pengunjung dan pempamer boleh mendapatkan bantuan di Kaunter Pertanyaan.

Jika tidak pasti lokasi kaunter yang berkaitan, sila rujuk terlebih dahulu di Kaunter Pendaftaran untuk bantuan lanjut.

PELAN LANTAI #JMUZS2026

PANDUAN DAN KIT PEMPAMER #JMUZS2026

PELAN KEDUDUKAN RERUAI PEMPAMER #JMUZS2026

RAKAN VENDOR #JMUZS2026

Click the image to view the menu

Food Truck 1 Kopi Ais Mamu
Menu – kopi ais/ coklat ais/ teh ais/ green tea

 

Food Truck 2 Lezzoz Pizza
Menu – Aneka Pizza

Food Truck 3 The Royale Station
Menu- ayam gunting/ sosej cheese/ling fries/ ramen

Food Truck 4 Toxyo Burger & Western
Menu – burger crispy, fish burger, pasta, fries & nugget /max&cheese / /aneka air juice

Food Truck 5 Sosej Thai/ masakan panas
Menu- sosej Thai/lockching/ masakan panas nasi & mee

PANDUAN DAN KIT VENDOR #JMUZS2026

EMERGENCY & SICK BAY INFORMATION #JMUZS2026

Maklumat Kecemasan & Sick Bay

Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengunjung, pempamer serta petugas sepanjang program berlangsung, kemudahan Sick Bay dan bantuan kecemasan disediakan di Persada Johor International Convention Centre (PJICC).

Lokasi Sick Bay

Sick Bay terletak di Aras 3 PJICC dan disediakan untuk pengunjung, pempamer atau petugas yang memerlukan rawatan asas atau mengalami masalah kesihatan ringan sepanjang berada di lokasi acara.

Perkhidmatan yang disediakan

  • Bantuan kecemasan asas (First Aid)

  • Pemeriksaan kesihatan ringan

  • Tempat rehat sementara bagi individu yang kurang sihat

  • Bantuan awal sebelum tindakan lanjut sekiranya diperlukan

 

Sekiranya Berlaku Kecemasan

Pengunjung yang memerlukan bantuan boleh:

  • Menghubungi atau memaklumkan kepada petugas acara yang berhampiran, atau

  • Terus ke Sick Bay di Aras 3 PJICC untuk mendapatkan bantuan dengan segera.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan kelancaran program sepanjang acara berlangsung.

PERKHIDMATAN INTERNET #JMUZS2026

MAKAN & MINUM #JMUZS2026

Maklumat Pengambilan Makanan Pempamer dan Petugas

Tempat pengambilan makanan untuk pempamer dan petugas adalah di Aras 1 di Persada Johor International Convention Centre (PJICC).

Pempamer dan petugas dikehendaki membawa kupon makanan semasa mengambil makanan di lokasi yang ditetapkan.

Setiap reruai pempamer akan diberikan dua (2) kupon makanan bagi setiap hari sepanjang program berlangsung.

WAKTU SOLAT

PELAN KEDUDUKAN SURAU MUSLIMIN & MUSLIMAT

Surau bagi Muslimin dan Muslimat adalah di Aras 2 di Persada Johor International Convention Centre (PJICC).

INFO PIHAK BERKUASA #JMUZS2026

KESELAMATAN UTM

Pengunjung yang memerlukan bantuan daripada pihak keselamatan UTM boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah.

Encik Khairul Zaman bin Mohd Radzi

+60 13-200 6061 

Makluman:
Nombor ini hanya boleh dihubungi bagi tujuan kecemasan sahaja pada 18 April 2026 hingga 19 April 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

KESIHATAN UTM

Pengunjung yang memerlukan bantuan daripada pihak kesihatan UTM boleh:

  • Menghubungi atau memaklumkan kepada petugas acara yang berhampiran, atau

  • Terus ke Sick Bay di Aras 3 PJICC untuk mendapatkan bantuan dengan segera.

  • Menghubungi terus staff yang bertugas di talian yang tertera di bawah.

Sick Bay

+60 11-33340646

  • Makluman:
    Nombor ini hanya boleh dihubungi bagi tujuan kecemasan sahaja pada 18 April 2026 hingga 19 April 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

HOSPITAL BERDEKATAN

Nombor kecemasan utama untuk Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru ialah

 

+607-225 7000

Untuk kecemasan perubatan serta-merta, anda juga digalakkan menghubungi talian kecemasan kebangsaan 999.

 

BOMBA BERDEKATAN

Nombor kecemasan utama Bomba di Johor Bahru dan seluruh Malaysia ialah 999

(talian MERS 999). Untuk kecemasan terus di Johor Bahru, anda boleh hubungi PGO Johor di talian 07-3355060/073355061/073355062 atau Balai Bomba Larkin di talian 07-224 3444 / 224 7444.

Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Sekitar Johor Bahru

  • BBP Johor Bahru (Larkin): 07-224 3444 / 07-224 7444
  • BBP Johor Jaya: 07-3511444 (Nota: 11 Mac 2026, talian mungkin gangguan, sila gunakan MERS 999 atau PGO Johor)

 

BALAI POLIS BERDEKATAN

 

Nombor kecemasan utama untuk semua balai polis di Malaysia ialah 999

Bagi kes kecemasan spesifik di Johor Bahru, hubungi bilik gerakan IPD Johor Bahru Selatan di 07-2182222 atau IPD Johor Bahru Utara di 07-5563122 untuk tindakan pantas.

Nombor Telefon IPD/Balai Polis Utama (Johor Bahru):
  • IPD Johor Bahru Selatan: 07-2182222
  • IPD Johor Bahru Utara: 07-5563122
  • IPK Johor (Ibu Pejabat Kontinjen): 07-2254444
Talian Kecemasan Umum:
  • Kecemasan PDRM/Am: 999

SENARAI HOTEL #JMUZS2026

Amari Johor Bahru

JB Hotel

Welcome to Amari Johor Bahru. We’re looking forward to brightening your stay, every day.

 

We’re at the centre of it all in the heart of Johor Bahru’s Central Business District on Jalan Wong Ah Fook. Whether you are here for weekend shopping or on business, you’ll find everything you need close by, and we’ll do all we can to brighten your stay.

You’ll have convenient access to a variety of restaurants, bars, entertainment facilities and fashion stores, with Zenith Mall lifestyle hub, City Square Shopping Mall and Komtar JBCC on our doorstep, as is Persada Convention Centre if you are attending on business. Our spaces offer a home-from-home warmth, with beautiful touches to the décor that are uniquely Malay in inspiration.

Holiday Inn Johor Bahru City Centre

A family-friendly hotel in Johor Bahru with a restaurant and bar, great facilities and meeting rooms, perfect for every traveller.

Our 335 well-appointed modern and spacious rooms are equipped with everything you need for a comfortable and enjoyable stay, including complete amenities, family-friendly facilities, flat-screen TVs, spacious bathrooms, and complimentary high-speed internet access to keep you connected throughout your trip.

Swim a lap or two in our rooftop sky pool or break a sweat at our well-equipped 24-hours fitness center, both offering stunning panoramic views of Johor Bahru. Those hosting events can choose from our 7 versatile function rooms, as well as outdoor within indoor spaces that come with state-of-the-art equipment, perfect for both small and large gatherings.

DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Only three kilometers from the Johor–Singapore causeway, find us near top attractions in the vibrant heart of the city. Shopping malls and Tan Hiok Nee Heritage Street are less than one km away, within walking distance. Enjoy our breakfast buffet, four dining options, outdoor pool, hot tub, kids’ pool, and 24-hour fitness center.

Shama Suasana Johor Bahru

Experience the wonders of Johor Bahru with ease by utilizing the services provided at taxi.The hotel offers complimentary parking for guests who arrive with their own mode of transport. Effortlessly plan your daily activities and travel requirements with express check-in or check-out, luggage storage and safety deposit boxes provided by the front desk services.For extended visits or whenever required, the laundromat, dry cleaning service and laundry service ensures your preferred travel garments remain clean and accessible.During leisurely days and evenings, in-room amenities such as room service and daily housekeeping enable you to maximize your stay in the room. For minor or impromptu requirements, the convenience stores can promptly cater to them without the necessity of stepping out from the hotel.

 

Jawapan kepada Pertanyaan Anda

Dapatkan jawapan bagi soalan-soalan lazim mengenai penyertaan dalam acara kami dan cara memanfaatkan kunjungan anda sepenuhnya.

Siapakah yang menghadiri acara ini?

Acara ini sesuai untuk lepasan SPM dan STPM, pemegang diploma, ijazah sarjana muda, sarjana, serta ibu bapa yang berminat untuk meneroka pilihan universiti.

Adakah terdapat yuran kemasukan untuk acara ini?

Tidak, acara ini adalah percuma untuk semua pengunjung. Kami menggalakkan semua pihak untuk merebut peluang ini.

Apakah program yang akan dipamerkan?

Anda akan menemui pelbagai program yang ditawarkan, termasuk Kejuruteraan, Perniagaan, Kecerdasan Buatan, dan banyak lagi.

Bagaimanakah cara untuk memohon ke universiti semasa acara ini?

Wakil universiti akan tersedia untuk membimbing anda melalui proses permohonan serta menjawab sebarang pertanyaan.

Apakah yang perlu saya bawa ke acara ini?

Bawa bersama transkrip akademik, kad pengenalan, dan senarai soalan yang ingin ditanyakan kepada wakil universiti.

UTM Open Day